Friday, 3 June 2011

KESIMPULAN

Rak kasut Nazlin ini bukan sahaja mampu mengatasi masalah-masalah biasa yang ada pada rak kasut konvensional malah boleh dijadikan perabot hiasan di dalam rumah.
Pada pandangan saya projek ini dilihat mampu menembusi pasaran jika kajian mengenainya diteruskan. 

LUKISAN 3 DIMENSI

PERMASALAHAN

 
rak kasut yang kurang sempurna


ketiadaan rak kasut menyebabkan kasut bersepah.


seranggga menjadikan rak kasut sebagai tempat persembunyian.


.


rak-rak kasut konvensional...

Thursday, 2 June 2011

LAKARAN AWAL




ANGGARAN KOS

           Motor & peredam bunyi : RM 175
Kipas usb (2 unit) : RM 30
Badan (kayu) : RM 100
Cermin pintu: RM 60
Mentol:  RM 6
Engsel & Skru: RM 5
Jaring: RM 3
Suis & pendawaian: RM 10
Pemasa: RM15
Upah: RM 100
Jumlah : RM 504

KAJIAN MAKLUMAT

Peredam kelajuan bersama motor
peredam kelajuan adalah mekanisme untuk mengurangkan kelajuan dari aci input dengan nisbah tertentu.
Dalam rekabentuk ini saya menggunakan peredam kelajuan jenis………… kerana ianya mudah didapati di pasaran. kelajuannya juga boleh diprogramkan mengikut yang dikehendaki.

Ianya juga mampu menggerakkan beban yang maksimum untuk projek ini dengan halaju yang malar.

Dengan menggunakan pemasa, motor ini akan di tetapkan untuk beroperasi selama 5 minit setiap setengah jam untuk menjimatkan tenaga dan memanjangkan jangka hayat motor.
gambar motor bersama peredam kelajuan

PEMILIHAN BAHAN

Setelah meneliti dan mengkaji, saya telah memutuskan untuk memilih kayu getah sebagai bahan utama dalam pembinaan badan projek ini kerana kayu jenis ini mudah didapati di Malaysia malah harganya yang murah. Spesis kayu tropika keras yang digunakan sememangnya termasyhur kerana ketahanannya di bawah keadaan iklim yang berbeza.
Pintu projek ini pula dibuat dari kaca kerana untuk memberikan sentuhan kemasan yang menarik kepada rak ini. 

CABARAN

Masalah yang paling utama adalah dalam pemilihan motor yang akan digunakan dalam projek ini. Motor yang menjadi pilihan saya adalah motor berkuasa 115v bersama peredam kelajuan. Kelajuan output Peredam kelajuan ini boleh diubah mengikut kehendak. Kelajuan minima yang boleh dicapai oleh peredam kelajuan adalah 3.1 putaran seminit. Ini amat sesuai dengan projek saya yang memerlukan gerakan putaran yang perlahan .

PERBEZAAN RAK KASUT

Rak kasut konvensional.
1.    Kasut mudah menyimpan lembapan didalamnya jika dibiarkan dalam keadaan tertutup seperti ini. Kulat mudah membiak.
2.    Haiwan perosak seperti tikus dan lipas menjadikan tempat gelap dan lembab sebagai tempat persembunyian. Haiwan-haiwan ini cenderung merosakkan kasut.
3.    Bau-bau yang kurang menyenangkan terperangkap didalam rak kasut konvensional.
4.    Rupa yang kurang menarik.

Rak kasut ‘cadangan’
1.    Haba dan aliran udara yang terdapat pada rak kasut ini Menghindarkan kasut dari lembapan yang ada pada kasut sekaligus mengelakkan kulat
2.    haba dan cahaya pula menghindarkan rak kasut dari haiwan perosak dari menjadikan rak ini tempat persembunyian
3.    aliran udara dan haba menyahkan bau-bau yang kurang menyenangkan dari kasut.
4.    Gerakkan membulat membuatkan kesemua kasut mendapat aliran udara, haba dan cahaya yang sekata, ianya juga membuatkan rak kasut ini mempunyai nilai komersil yang tinggi.

SKOP PROJEK

-Digunakan di rumah bagi individu bekerjaya kelas pertengahan ke atas atau mereka yang mempunyai keluarga kecil.
-Mereka yang gemarkan perabot yang cantik dan unik. 

SKOP PELANGGAN

Skop sasaran pelanggan adalah kapada mereka yang mencari rak kasut individu atau mereka yang baru mendirikan keluarga. Kapasiti rak ini sehingga 6 pasang kasut boleh disimpan dalam satu-satu masa. Ianya mempunyai 3 elemen utama untuk iaitu pengudaraan, haba dan cahaya dimana elemen-elemen ini mampu mengelakkan kasut yang disimpan didalamnya dari lembapan, kulat, bau dan haiwan perosak.

OBJEKTIF

-untuk menambahbaik rak kasut yang sedia ada agar dapat mnghindar kasut yang disimpan di dalamnya bebas dari lembapan, bau dan haiwan perosak seperti lipas dan tikus yang biasanya terdapat pada rak-rak kasut konvensional.

-menambahkan keunikan dan kecantikan rak kasut.

PENGENALAN

Industri perabot

-bagi industri perabot, 90 peratus adalah perusahaan kecil dan sederhana.

-bukan sahaja daripada kayu, tetapi juga semua jenis bahan seperti rotan, logam, fabrik, plastik, kaca, marmar dan bahan-bahan komposit lain. 
-pengilang perabot terletak terutamanya di Johor, Selangor, Sarawak, Perak dan Melaka.

-Perabot kayu merupakan sub-sektor kedua terbesar dalam industri berasaskan kayu selepas papan lapis dengan menyumbang 26.6 peratus kepada pendapatan eksport sektor perkayuan bagi tempoh Januari hingga November 2006.

 -Dalam tempoh tersebut, Malaysia mengeksport RM5.6 bilion perabot kayu terutama ke Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom, Australia dan UAE (jumlah eksport perabot kayu pada 2005 adalah sebanyak RM7.5 bilion).  Industri perabot kayu Malaysia kebanyakannya berorientasikan eksport dengan lebih 90 peratus pengeluaran dieksport.  

-Malaysia berada di tangga kesembilan sebagai pengeksport terbesar perabot kayu dan ketiga di Asia selepas Republik Rakyat China dan Indonesia, dengan eksport ke lebih 160 negara. Nilai eksport perabot kayu diunjurkan RM10 bilion menjelang 2010.

-Antara perabot yang dieksport adalah perabot dapur, set bilik tidur, kerusi rehat dan perabot pejabat yang mana lebih 80 peratus diperbuat daripada kayu getah, iaitu sejenis kayu keras sederhana berwarna muda yang dikenali ‘Oak Malaysia’. 

 -Eksport perabot taman/luar rumah daripada kayu keras tropika kebanyakannya adalah untuk pasaran Eropah. Spesis kayu tropika keras yang digunakan sememangnya termasyhur kerana ketahanannya di bawah keadaan iklim yang berbeza.,

-perabot kayu Malaysia telah berjaya menembusi pasaran-pasaran di New Zealand, Amerika Selatan, Timur Tengah, Afrika dan Russia.  Malaysia adalah pembekal utama perabot pejabat ke pasaran Timur Tengah.

-Melihat akan betapa besarnya industri perabot di Malaysia, saya telah memilih untuk menambahbaik sejenis perabot yang biasa terdapat di setiap rumah di Malaysia iaitu rak kasut.



-Rak kasut yang sedia ada biasanya diperbuat dari papan lapis, kayu bergergaji, kayu getah, rotan dan ada juga diperbuat dari kayu jati.

-Rak-rak kasut ini biasanya tertutup dan menyebababkan lembapan, bau terkurung di dalam selain haiwan perosak seperti tikus dan lipas menjadikan rak-rak kasut jenis ini sebagai tempat persembunyian, haiwan-haiwan ini biasanya merosakkan kasut.