Thursday, 2 June 2011

PENGENALAN

Industri perabot

-bagi industri perabot, 90 peratus adalah perusahaan kecil dan sederhana.

-bukan sahaja daripada kayu, tetapi juga semua jenis bahan seperti rotan, logam, fabrik, plastik, kaca, marmar dan bahan-bahan komposit lain. 
-pengilang perabot terletak terutamanya di Johor, Selangor, Sarawak, Perak dan Melaka.

-Perabot kayu merupakan sub-sektor kedua terbesar dalam industri berasaskan kayu selepas papan lapis dengan menyumbang 26.6 peratus kepada pendapatan eksport sektor perkayuan bagi tempoh Januari hingga November 2006.

 -Dalam tempoh tersebut, Malaysia mengeksport RM5.6 bilion perabot kayu terutama ke Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom, Australia dan UAE (jumlah eksport perabot kayu pada 2005 adalah sebanyak RM7.5 bilion).  Industri perabot kayu Malaysia kebanyakannya berorientasikan eksport dengan lebih 90 peratus pengeluaran dieksport.  

-Malaysia berada di tangga kesembilan sebagai pengeksport terbesar perabot kayu dan ketiga di Asia selepas Republik Rakyat China dan Indonesia, dengan eksport ke lebih 160 negara. Nilai eksport perabot kayu diunjurkan RM10 bilion menjelang 2010.

-Antara perabot yang dieksport adalah perabot dapur, set bilik tidur, kerusi rehat dan perabot pejabat yang mana lebih 80 peratus diperbuat daripada kayu getah, iaitu sejenis kayu keras sederhana berwarna muda yang dikenali ‘Oak Malaysia’. 

 -Eksport perabot taman/luar rumah daripada kayu keras tropika kebanyakannya adalah untuk pasaran Eropah. Spesis kayu tropika keras yang digunakan sememangnya termasyhur kerana ketahanannya di bawah keadaan iklim yang berbeza.,

-perabot kayu Malaysia telah berjaya menembusi pasaran-pasaran di New Zealand, Amerika Selatan, Timur Tengah, Afrika dan Russia.  Malaysia adalah pembekal utama perabot pejabat ke pasaran Timur Tengah.

-Melihat akan betapa besarnya industri perabot di Malaysia, saya telah memilih untuk menambahbaik sejenis perabot yang biasa terdapat di setiap rumah di Malaysia iaitu rak kasut.



-Rak kasut yang sedia ada biasanya diperbuat dari papan lapis, kayu bergergaji, kayu getah, rotan dan ada juga diperbuat dari kayu jati.

-Rak-rak kasut ini biasanya tertutup dan menyebababkan lembapan, bau terkurung di dalam selain haiwan perosak seperti tikus dan lipas menjadikan rak-rak kasut jenis ini sebagai tempat persembunyian, haiwan-haiwan ini biasanya merosakkan kasut.

No comments:

Post a Comment